Ahad, 3 Jun 2012

GERHANA BULAN

Ya Allah Ar-Rahman Ar-Rahim,
Telah kau ciptakan Hawa dari rusuk kiri Adam,
Sebagai pelita hanya untuk menemani,
Dan menerangi sebuah planet,
Yakni planet hati Adam,
Yang sebelumnya gersang dan tandus,
Kini telah subur dengan kuntuman cinta,
Hatiku meyakini,
Jika Adam dikurniakan Hawa,
Mengapa tidak aku?

Namun Khalidku,
Hanya satu yang ku pinta,
Aku merintih dan bermohon,
Agar dihapuskan dan dilenyapkan jendela hatiku,
Moga ia dilimpahi sinar,
Sinar yang terpancar dari Ar-Rizal,
Yang telah tercatat untukku di Luh Mahfuz.

Ya Qayyum,
Aku merayu padaMu,
Moga mengalir air kemanisan cinta,
Dlam hubungan asdiqa'iku,
Labuhkanlah tirai cinta mereka,
Walaupun pada hakikatnya,
Aku tidak mampu berdiri walhal merangkak,
Tatkala hati ini sudah mengetahui yang hak,
Namun ya Kasih,
Tabahkan hati hambamu ini laksana besi,
Tebalkan keimananku agar tidak dikikis rapuh,
Oleh kertas pasir syaitan dan iblis,
Perkukuhkan tembok ketakwaankuibarat istana yang berdiri gah,
Moga dengannya keredhaan Illahi mampu ku garap,
Tatkala atmaku meyakini,
Bahawa telah tercipta untukku Ar-Rizal,
Yang bakal menjadi imam kepada makmumnya yang bertakwa,
Amin ya Rabb Al Amin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan